Sunday, April 22, 2012

Selamat Datang ya Saudara/Saudari!

Assalamualaikum!
Para saudara dan saudari sihat? Jika sihat syukurlah kepada ALLAH SWT yang memperpanjangkan umur dan riwayat hidup kita.

Tujuan saye tulis blog ni sebab saya ingin memberi peringatan dan nasihat yang baik kepada para pembaca.

Tidak pernahkah kalian terasa hidup kalian kadang-kadang seperti tidak ada arah tuju? nak buat keje xde mood, nk online FB xde mood ( kalo online bkan bwat pe, ye x? (:  ) . Kekadang nk buat keje kusus rase malas tapi bab-bab agame memang korang "on" kan? mesti amik berat. Itu bermaksud anda mengambil berat tentang agama ISLAM. Alhamdulillah. Korang haruslah menerapkan rase "ingin tahu" yang kuat dalam bab-bab  agama dan pelajaran nescaya kita dapat mencontohi seperti sahabat Nabi Muhammad SAW, Abu Hurairah R.A. Kalo korang nk tau Abu Hurairah adalah periwayat hadis yang terbanyak dan beliau adalah salah seorang ahli Suffah yang tinggal di masjid. Mereka ni lah yang akan ikut berperang dgn Nabi Muhammad SAW sekiranya berlaku peperangan, tapi Abu Hurairah mempunyai seorang isteri yang kaya dan ianya tidak sedikitpun menghilangkan rase "ingin tahu"nya yang kuat itu malah ingin mengembangkan lagi ilmu yang ade padenye. Walaupun seorang yang miskin tetapi beliau tetap kuat beribadah. Name sebenar beliau tidak dapat diketahui dengan jelas tetapi diberi gelaran "Abu Syams" sebelum memeluk ISLAM, beliau juga mendapat gelaran "Abu Hurairah" selepas Nabi Muhammad SAW menanyakan ape yang ade di dalam lengan bajunya dan menunjukkan ade seekor kucing di dalamnya dan Nabi Muhammad SAW memberi gelaran "Abu Hurairah" yang bermaksud "Bapa Kucing" kepada "Abu Syams". Beliau meninggal pada tahun 57H atau 58H ( tidak jelas ) dan meninggalkan banyak hadis yang shahih seperti 325 hadis disepakati oleh Imam Muslim dan Bukhari, 93 hadis Bukhari, dan 189 hadis Muslim. Pernah juga berlaku kisahnya dengan Nabi Muhammad SAW sepeti susu yang banyak cukup untuk semua golongan ahli suffah dan Abu Hurairah R.A pun menjadi salah seorang golongan ahli suffah sejak itu. Beliau juga pernah mengawal rumah Khalifah Uthman bin Affan semasa kumpulan pemberontak ( Al-Sabiyyin ) mengepung rumah Khalifah Uthman bin Affan. Beliau juga mendiamkan diri dari fitnah besar yang berlaku semase pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib yang sedang bergelut dengan Mu'awiyah bin Abu Sufian. Semasa pengasas kerajaan Umayyah iaitu Mu'awiyah bin Abu Sufian menjadi khalifah, die telah melantik Abu Hurairah R.A menjadi gabenor Madinah tetapi malangnya beliau menerima kritikan yang kuat dan keras daripada puak syiah yang sememangnya membenci umat ISLAM yang bermazhab Ahlus Sunnah Wal-Jamaah yakni kita. Wallahuallam. :)

Assalamualaikum! Terima kasih kerana membaca, maaf kerana mengambil masa saudara atau saudari.

Hadis untuk sentiasa beringat.

Daripada Al-Mughirah Ibn Syu'bah R.A. ia berkata, "Aku pernah mendengar Nabi Muhammad SAW berkata : "Aku melarang kamu melakukan ;

1) Tidak berbakti kepada ibumu
2) Menguburkan anak perempuanmu hidup-hidup
3) Tidak laksanakan tanggungjawab kepada golongan miskin ( bayar zakat, sedekah, dan sebagainya )
4) Mengemis

Tetapi ALLAH benci golongan yang ;

1) qil dan qal ( banyak berbicara benda yang kosong, menghina, mengumpat, dan sebagainya )
2) Banyak pertanyaan tentang agama
3) Menhambur-hamburkan kekayaan

No comments:

Post a Comment